KUALA LUMPUR: Sedia untuk menyelami alam penuh keterujaan dan keajaiban Keluang Man bersama Astro Shaw dan jenama kopi terkemuka Wonda Coffee?
Ikon adiwira tempatan yang terkenal dengan keberanian, ketabahan dan kekuatan sekitar tahun 1990-an kini bakal menemui peminat-peminat cilik di KidZania, Mutiara Damansara, di sini.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, berkonsepkan 'interaktif', Keluang Man bukan sahaja akan mendekatkan generasi baharu malah menjadi inspirasi kepada kanak-kanak menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
"Kami berbesar hati apabila filem Keluang Man diberikan ruang untuk dipamerkan di KidZania dan usaha ini mampu memperkenalkan superhero ikonik Malaysia kepada generasi baru.
"Pelbagai strategi kreatif dan aktiviti menarik menerusi kolaborasi antara Astro Shaw dan Wonda Coffee.
"Antaranya ialah peminat boleh mencalonkan individu yang telah memberikan impak dalam masyarakat dan layak untuk dinobatkan sebagai Keluang Man of the Month di Gempak.com, dan pemenangnya akan diumumkan menerusi program Gempak Most Wanted di Astro Ria," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran zon wall climbing Keluang Man di KidZania di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Raja Jastina berkata, inisiatif itu adalah bertujuan untuk mengiktiraf wira Malaysia yang tidak didendang dan mempunyai kualiti sama dengan Keluang Man yang berani.
Katanya, menerusi kerjasama terkini bersama Astro Shaw dan Wonda Coffee yang merupakan jenama kopi terkemuka Malaysia yang menawarkan rasa kopi seperti baru dibru hari ini membawakan rakyat Malaysia pengalaman eksklusif hanya di KidZania.
“Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan pengeluar dan pengedar minuman terkemuka Malaysia, Etika dalam memacu transformasi kandungan filem di Malaysia.
"Usahasama ini adalah permulaan yang kukuh buat Astro Shaw dalam menetapkan standard baharu bagi rangka pemasaran filem yang lebih inovatif. Kami percaya jenama Keluang Man dan Wonda Coffee mempunyai persamaan iaitu mengutamakan elemen lokal dan ia amat dekat dengan masyarakat Malaysia.
"Dengan memanfaatkan pengalaman Astro Shaw dan Etika, kami yakin kolaborasi ini mampu mencapai objektifnya," tambahnya.
Pada masa sama, Raja Jastina turut mengajak orang ramai untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk wall climbing bertemakan Keluang Man di KidZania.
"Saya ingin mengajak semua untuk sama-sama menghayati semangat adiwira dalam diri mereka menerusi aktiviti ini," ujarnya.
Astro Awani
Sat Mar 02 2024
Raja Jastina Raja Arshad berkata, Astro Shaw berbesar hati apabila filem Keluang Man diberikan ruang untuk dipamerkan di KidZania kerana usaha ini mampu memperkenalkan superhero ikonik Malaysia kepada generasi baru. - Foto Astro Shaw
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
Angan-angan jadi kenyataan, Nas teruja ditawar watak Keluang Man
Nas seakan sukar untuk percaya yang dia terpilih menjayakan karakter animasi ikonik itu.
Keluang Man bakal difilemkan, pencarian bakat baharu untuk watak utama... ini ciri yang dicari!
Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula 28 Julai sehingga 13 Ogos depan.
Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali
Selepas lebih dua dekad, siri animasi legenda Malaysia yang menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan bakal diangkat ke layar perak.
Siri animasi era 90an imbau kenangan zaman kanak-kanak
Kanak-kanak pada zaman itu, biasanya kalau cuti sekolah, awal pagi lagi mereka bangun, mandi dan usai sarapan, duduk di depan televisyen untuk menonton rancangan animasi popular.
Amar Singh akan bersara Jun ini, tetapi ...
Namun oleh kerana peranan pentingnya dalam siasatan kes 1MDB, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mungkin akan dilanjutkan kontraknya.
Filem Keluang Man tak jadi, Rizal Halim mohon maaf
Filem Keluang Man Tak Jadi, Rizal Halim Mohon Maaf Pada Rakan Artis di Singapura dan Indonesia